Makanan Segera dari Mexico & Perancis
Yang Kini Menjadi Fenomena Di Seluruh Dunia!





Hidangan makanan segera dari Mexico & Perancis yang benar-benar bersifat Antarabangsa Kini ditampilkan dengan citarasa Malaysia. Ia boleh dijadikan snek atau pemanis mulut dan boleh dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja tidak kira golongan tua mahupun muda!

Tonton Dahulu Video Di Bawah


Twisto Menawarkan 2 Jenis Hidangan Makanan Segera yang Unik!

Tunggu Dulu...
Sebelum meneruskan lagi pembacaan, cuba anda berfikir sejenak:

Adakah pelanggan anda bosan dengan menu yang sama?
Adakah anda mempunyai sedikit kekosongan ruang niaga?
Adakah produk makanan anda permintaannya bermusim?
Adakah anda ingin memperluaskan lagi skop perniagaan?
Adakah anda ingin meningkatkan hasil jualan?

Jika jawapannya adalah YA kepada persoalan di atas, kami ingin mempelawa anda untuk menerokai peluang perniagaan baru ini dan mengambil langkah seterusnya dengan menjadi Rakan Niaga kami dalam perniagaan makanan segera Twisto!


Twisto Pocket pada asalnya adalah makanan orang Mexico. Ia boleh di kategorikan sebagai makanan segera. Ia terdiri daripada bahan inti seperti ketulaan ayam berempah, sayuran dan sos istimewa yang digulung dalam roti istimewa. Pelbagai jenis bahan inti boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Kelazatan Twisto Pocket sangat bergantung kepada bahan inti dan juga adunan roti istimewa serta sos yang digunakan.


Satu hidangan makanan segera yang lengkap kerana ia mengandungi sumber karbohidrat daripada roti Twisto Pocket, sumber protein daripada ayam, vitamin dan fiber daripada sayuran! Bahan inti juga boleh dipelbagaikan seperti daging cincang, kepingan daging atau ayam/ daging rendang yang bersesuaian dengan selera tempatan.

Pelbagai jenis sayuran juga sesuai ditambah seperti lobak merah, kobis yang diparut kasar serta sayur campur. Sos cili pula boleh digantikan dengan sos BBQ, sos masam manis dan sebagainya. Memang sesuai untuk masyarakat Malaysia!

Twisto Rangup boleh dikategorikan sebagai makanan segera berbentuk seperti pancake tetapi lebih nipis dan rangup. Bahan inti Twisto Rangup terdiri daripada perisa Vanilla, Oren, Apple, Coklat, Pandan, Strawberry dan Blueberry. Manakala terdapat juga tambahan bahan-bahan inti yang manis terdiri daripada kekacang, mentega, madu dan kepingan pisang, atau madu dan ais krim dan ada juga yang ditambah krim untuk memberikan rasa yang lebih lemak.
Twisto Rangup adalah olahan daripada "Crepe" yang berasal dari Perancis. Twisto Rangup dilipat seperti bentuk kon ais krim yang leper untuk hidangan.  Bungkusan yang menarik untuk membungkus Twisto Rangup turut disediakan.

1001 Keunikan Twisto Pocket & Twisto Rangup!
 Anda bakal perolehi seribu satu faedah melalui dua produk hebat ini! Antaranya ialah:
Set hidangan makanan yang ringkas dan boleh disediakan segera. Rasanya pelbagai seperti lemak, berkrim, manis, masam, manis dan sebagainya. Selain itu, cara penyediaan yang sangat mudah . Tambahan lagi, harga kos yang agak rendah kerana untuk menyediakan satu set Twisto Pocket atau Twisto Rangup hanya memerlukan jumlah kecil bahan sahaja. Tambahan pula resepi boleh dipelbagaikan mengikut selera tempatan.
 
Kedua-dua produk makanan ini juga boleh disediakan dalam pelbagai saiz. Maka, ia boleh dihidangkan samada untuk makan di meja atau sesuai juga untuk mereka yang perlukan makanan yang segera dan ringkas. ITwisto Pocket dan Twisto Rangup boleh juga dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti majlis harijadi, kenduri keraian, makanan untuk dibawa berkelah dan sebagainya.
 
Yang paling menariknya, kandungan nutrisi bahan-bahan adalah seimbang dalam setiap set kerana lazimnya ia terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, fiber dan merupakan sumber tenaga yang cukup. Jadi, tak perlu bimbang dengan kalori makanan anda lagi!
 
Kanak-kanak pula amat menggemari Twisto Rangup bersama perisa-perisa pilihan yang menjadi kesukaan ramai! Twisto Pocket pula seakan sama dengan sandwich yang mana ramai golongan pekerja yang mahu cepat ke pejabat amat gemarkan penyediaannya yang ringkas dan cepat.
 
Kepelbagaian resepi dan menu yang boleh diubah dan diolah mengikut selera masing-masing membolehkan Twisto Pocket dan Twisto Rangup menjadi kegemaran segenap lapisan orang. Walaupun kedua-dua produk adalah berasal dari luar negara, resepi yang fleksibel membolehkan rakyat tempatan menerimanya sebagai makanan tempatan. Apatah lagi apabila bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan-bahan makanan tempatan. Memang Malaysia habis!
 
Twisto Pocket yang selalunya disediakan dengan daun salad yang hijau, buah tomato yang merah, ayam goreng yang keperangan dapat menarik perhatian sesiapa yang sedang mencari-cari hidangan untuk makan tengahari atau malam. Pelbagai warna menarik yang dapat menggugat  selera sesiapa sahaja yang melihat!
 
Twisto Pocket dan Twisto Rangup juga boleh disediakan secara gourmet dan dihidangkan di restoran-restoran bertaraf lebih tinggi apabila sedikit penambahan dibuat kepada bahan inti atau bahan sampingan.


Oleh sebab penyediaannya yang ringkas dan boleh disediakan dengan bahan-bahan yang mudah didapati, Twisto Pocket dan Twisto Rangup boleh menjadi produk makanan kegemaran sedunia! Produk makanan ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan kepada individu yang ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan disebabkan oleh kosnya yang rendah.


Twisto Pocket dan Twisto Rangup adalah snek yang lazat yang boleh disediakan di hotel-hotel sebagai salah satu juadah dalam hidangan bufet. Penggemar boleh juga memesan dan memilih bahan inti mengikut citarasa masing-masing. Ini menjadikan Twisto Pocket dan Twisto Rangup juadah yang tidak jemu dimakan.

Penyediaan Twisto yang Unik! Semudah 1-2-3
Disediakan melalui 3 cara mudah iaitu: Masak, Gulung dan Hidangkan! Sesuai untuk dimakan segera atau dibawa pulang. Aroma yang melazatkan semasa dimasak pasti membuatkan sesiapa sahaja akan terasa lapar dan ingin menikmatinya segera!
Contoh Penyediaan Twisto Rangup
Perisa Coklat dengan Pisang

Pelbagai Pilihan Rasa Twisto Rangup
Tidak Terhad dalam Imaginasi Anda!
Dengan menu hidangan yang pelbagai serta mampu dibeli oleh sesiapa sahaja, Twisto Rangup ditawarkan dengan 7 perisa pilihan iaitu:
Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditambah dengan buah-buahan sebenar seperti Pisang dan juga Aiskrim mengikut citarasa pelanggan!
Rakan Niaga Diperlukan Seluruh Malaysia!
Tanpa Yuran Francais, Tanpa Bayaran Royalti,
Tanpa Caj Tersembunyi
,
Keuntungan
100% Milik Anda..
Kini Pakej Perniagaan Twisto ditawarkan dengan konsep mudah-alih untuk kemudahan anda. Tukarkan ruang niaga seminima 1.5 meter x 1.5 meter kepada sumber pendapatan lumayan sekarang juga! Twisto Rangup sesuai untuk diniagakan di tempat-tempat berikut:
Pasar Malam, Bazar, Karnival, Ekspo Kantin
Pusat Beli-Belah Majlis Keramaian
Hadapan Sekolah Kafeteria
Majlis Katering Restoran
Tempat Makan Terbuka Medan Selera
Pusat perangingan dan juga tempat tumpuan ramai

Apa Yang Bakal Anda Perolehi?
Pakej Perniagaan Twisto ini merangkumi Kiosk, Dapur Khas, Tepung, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Alatan-alatan khas yang lain.


Kiosk Mudah-Alih

Direka dalam bentuk mudah alih untuk kesenangan anda dengan reka bentuk grafik yang kontemporari dan menarik perhatian. Table Top kiosk pula diperbuat daripada stainless steel yang mana kesemua proses penyediaan dan penjualan produk Twisto boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, kiosk ini boleh dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan anda!


Pakaian Seragam

Kami telah mendedikasikan begitu banyak sumber kepada penjenamaan produk Twisto. Oleh itu, setiap Rakan Niaga akan dibekalkan dengan 2 set pakaian seragam yang berupa: 2 helai t-shirt berkolar, 2 helai apron.


Dapur Khas Twisto
Memperkenalkan Dapur Twisto yang menggunakan gas, direka khas untuk menghasilkan 2 produk Twisto dalam masa yang sama! Plat pemanas yang unik ini mampu memanaskan keseluruhan permukaan memasak dan dapat mengekalkan suhu yang dikehendaki.



Tepung Twisto
Terdapat 2 jenis tepung yang dirumus khas daripada resepi rahsia kami. Dengan hanya menambah air dan bahan lain ke dalam pek tepung ini dan mengikuti arahan adunan sempurna.
Setiap pek 4kg tepung Twisto Rangup boleh menghasilkan 80-90 set Twisto Rangup. Manakala setiap pek 1.5kg tepung Twisto Pocket boleh menghasilkan 30-35 set Twisto Pocket


7 Perisa Pilihan Twisto Rangup
7 jenis perisa pilihan akan dibekalkan iaitu: Coklat, Strawberry, Blueberry, Vanilla, Oren, Apple & Pandan. Setiap perisa dipekkan dalam bungkusan seberat 1kg. Rasanya yang lazat dan enak setanding perisa lain yang terkemuka terdapat di pasaran.


Tepung Ayam Goreng Twisto
1kg Tepung ayam yang dirumus khas daripada resepi rahsia kami. Digunakan untuk menghasilkan 8kg ketulan ayam goreng bagi Twisto Pocket.



Bungkusan Take-Away
Berbentuk unik dan juga memudahkan serta cepat untuk membungkus Twisto Rangup. Penyelesaian yang ideal untuk konsep perniagaan mudah-alih seperti ini. Kami berbangga dengan cara pembungkusan kami yang menjimatkan. Satu inovasi yang sangat praktikal untuk situasi tidak formal bagi mereka yang mahukan proses penyediaan yang pantas


Alatan Khas

Alatan khas penyediaan Twisto turut disediakan khusus untuk anda.


Bahan Promosi

Terdiri daripada banner dan bunting untuk kegunaan dalaman atau luaran dengan reka bentuk grafik yang menarik perhatian. Penampilan promosi produk Twisto sentiasa dikemaskini dalam memastikan urusan perniagaan anda berjalan lancar dan up-to-date.

Latihan
Kami akan melatih anda bagaimana untuk mengadun tepung, seterusnya teknik memasak produk makanan Twisto yang betul. Sehinggalah anda mahir dan boleh mula menjual produk Twisto ini kepada para pelanggan anda.



Mengapa Anda Perlu Memilih Pakej Perniagaan Twisto?
Selain menawarkan produk makanan yang unik, Pakej Perniagaan Twisto juga menawarkan pelbagai kelebihan termasuk:
Tiada Bayaran Francais, Royalti @ Caj Tersembunyi untuk selama-lamanya bagi memastikan keuntungan penuh milik Rakan Niaga. Hanya satu kali pembayaran sahaja diperlukan untuk memiliki Pakej Perniagaan Twisto ini.
Mudah-Alih & Fleksibel. Perniagaan Twisto yang berkonsepkan mudah-alih dan flesibel ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk pasar malam, ekspo, bazar, karnival, hadapan sekolah, pusat beli-belah, bazar dan di majlis-majlis khas. Paling menarik, setelah selesai berniaga kesemua peralatan boleh dimuatkan sekaligus dalam kenderaan anda!
Konsep Makanan Inovatif yang membezakan Twisto daripada makanan yang lain. Para pelanggan sudah tentunya akan tercari-cari sesuatu yang berbeza lagi sedap.
Pelbagai Menu Pilihan merupakan sebahagian strategi perniagaan kami memandangkan kami sentiasa memperkenalkan perisa-perisa baru dan menarik membolehkan perniagaan anda sentiasa berada di hadapan.
Ruang Niaga Minima. Perniagaan Twisto ini hanya memerlukan ruang niaga sekecil 1.5 meter x 1.5 meter sahaja.
Potensi Keuntungan Maksimum. Produk Twisto mampu memberikan anda segala yang diperlukan untuk mencapai potensi keuntungan maksimum. Dengan menu pilihan yang pelbagai menjanjikan suatu kelainan kepada pelanggan disamping harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Keperluan Tenaga Kerja Minimum. Hanya 1-2 pekerja diperlukan yang dapat menyumbang kepada kos pengendalian perniagaan yang rendah membolehkan anda dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi.



Berapakah Harga Jualan Bagi Produk Twisto?

Tahukah anda? Keuntungan bagi setiap jualan set hidangan Twisto adalah sehingga 400%
Twisto Rangup regular boleh dijual dengan harga RM2.00 sahaja. Manakala Twisto Pocket regular dijual dengan harga RM3.00. Dengan harga serendah itu, sudah pasti sesiapa sahaja mampu untuk membelinya.
Katakan setiap hari anda berjaya menjual sekurang-kurangnya 70 set Twisto Rangup & 70 set Twisto Pocket.
Kiraan hasil jualan anda ialah:
RM2.00 x 70 set Twisto Rangup = RM140.00
RM3.00 x 70 set Twisto Pocket = RM210.00

Maka hasil jualan anda setiap hari = RM350.00 Sungguh Lumayan Bukan? Belum lagi dikira dengan inti-inti tambahan yang diminta pelanggan

Soalan Lazim
[S] Di manakah Rakan Niaga boleh memulakan perniagaan mereka?
[J] Rakan Niaga boleh menjalankan perniagaan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Mereka boleh menjual di pasar malam, ekspo, bazar, karnival, hadapan sekolah, pusat beli-belah, bazar dan di majlis-majlis khas.

[S] Adakah pakej Pakej Perniagaan Twisto ini termasuk kesemuanya? Ada sebarang caj tersembunyi?
[J] Ya, ini adalah pakej Semua Dalam Satu dengan SATU HARGA sahaja dengan SATU KALI BAYARAN sahaja dan tiada caj-caj tersembunyi. Tiada caj tahunan francais, tiada caj royalti dan sebagainya.
[S] Di manakah latihan penyediaan produk Twisto diadakan?
[J] Sesi latihan penyediaan Twisto akan diadakan di premis perniagaan kami yang beralamat di: 7-G Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
 
S] Saya tinggah agak jauh dan tidak berkesempatan untuk datang, bagaimana saya boleh mendapatkan Pakej Perniagaan ini?
[J] Pembelian boleh dilakukan secara Bank-In ataupun melalui Kad Kredit (Visa & Mastercard). Pakej tersebut akan dihantar melalui kurier City-Link Express bersama-sama dengan VCD & Manual Penyediaan Twisto. Anda juga boleh datang ke pejabat kami untuk mempelajari kaedah penyediaan Twisto secara PERCUMA di kemudian hari.
[S] Sekiranya stok bahan mentah seperti tepung & perisa kehabisan, di manakah saya boleh mendapatkannya?
[J] Kami juga membekalkan stok bahan mentah secara berterusan kepada Rakan Niaga kami.

Penghantaran Seluruh Malaysia


Penghantaran dilakukan ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan kos PERCUMA. (Bagi Sabah, Sarawak & Labuan kami menggunakan perkhidmatan Parcel udara oleh Pos Malaysia)
Produk anda akan di hantar dalam masa 24 jam setelah bayaran disahkan
Penghantaran produk anda akan tiba 2-3 hari (mengikut kawasan)
Kami menggunakan perkhidmatan berkualiti dan dipercayai daripada City-Link
**** Penghantaran akan dilakukan setiap hari (waktu bekerja) pada pukul 12.00 tengahari. Untuk pesanan selepas masa tersebut, produk anda akan dihantar keesokan harinya.
Ya! Saya Berminat untuk
Mendapatkan Pakej Perniagaan Twisto ini!
Bagaimanakah Caranya? layari laman web di bawah